Monday, 28 February 2011
Selamat Datang ke blog pendidikan seni SMK (F) Besout
Blog Pendidikan seni visual SMK(F) Besout telah direka untuk kemudahan para pelajar dan guru berkomunikasi dan bertukar-tukar maklumat mengenai bahan, media, nota dan soalan yang berkaitan dengan pendidikan seni visual. Selain itu blog ini juga bertujuan untuk mendekatkan diri dengan bidang ICT selaras dengan jenama sekolah yang telah diiktiraf sebagai sekolah Bestari Luar Bandar pada bulan april 2009 dan diiktiraf mencapai 5 bintang pada tahun 2010. Pembangunan blog pendidikan seni visual ini telah diadakan oleh guru-guru pendidikan seni yang sangat komited di bawah pimpinan ketua Panitianya Encik Rosanizan bin Elias yang sentiasa menggalakkan semua guru supaya sentiasa mengaplikasikan teknologi terkini dalam aktiviti pengajaran pembelajaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment